Salam semua
Hai3... Sebelum cuti raya hari tu ada gak la menerima beberapa tempahan. Tapi semuanya amek ari jumaat.. ~adoi~ .... Tapi jangan risau, semua tempahan berjaya disiapkan gak hasil pertolongan daripada adik2 ku. Secara tak langsung dorang dah tau buat kek tu ye x :) Eyh3.. siap bagi upah tau. Upkan duet raya lagi tu.. untunglah~ :)
TAPI..! lupe la nak amek gamba huk3.... asek lupe je ni :( . Kene upah assistant untuk amek gamba je ni ok x? d:)
Ade la beberapa jenis dessert yang aku wat untuk jamu tetamu masa raya. Konon nak 1 hari 1 jenis.. ohh x larat la plak dengan asek berjalannye.
Tapi at least buat tau~ Saje nk test skill (uhukkkk)
Jeng3... cer teka apa ni? macarons? aha.... Ni la red velvet mini bites. Atas dia letak cream cheese frosting. Ala.. macam red velvet cupcake tu. Tapi ni versi bites, kecik2 punye. Kang wat besa-besa takot x habis lak ehe~ Makan sekali ngap je. Tapi jangan telan terus. Ni wat untuk raya 1st.
Ni plak Red Velvet Swirl Brownies. Atas tu lapisan cream cheese. Saiz dia 10' x 10'. Brownies ni makcik yang order untuk bawak balik kampung dia..nyum3. Makcik order sekali ngan moist chocolate cake. Tapi lupe snap gamba lg hik3..
Untuk raya kali ni, nak memperkenalkan pavlova kepada sedara mara. Mula-mula memang pavlova ni takde dalam list raye, tapi tiba-tiba terasa nak buat plak. Seb bek bawak balik fresh cream. Maka, berpesanlah kepada abang untuk beli buah-buahan masa odw balik dr tpt keje (org cuti, dia keje..).
Jeng3... pavlova 1 layer.. Tapi perasan tak? xde warna hijau! huk... Kiwi dia warna kuning la plak. Abang salah beli kiwi gold tu.. uhuk3... da la mahal. Tapi xpe. At least dapat merasa kiwi ni cne kn.... Kiwi gold ni tak semasam kiwi hijau tu. Kulit luar dia pun beza. Kulit kiwi gold ni halus dan licin tak macam kiwi hijau.
Tengok tu...ada cam air meleleh? Itu la air dari buah markisa. Pavlova ni special sket sbb ada markisa. Rasa dia lagi umphhhh! Rasa masam buah markisa diadunkan dengan manis meringue dan cream~ Memang kene ah~ Tapi kene makan cepat2 kalau tak dia cair.
Nyummyyyyyyyyyyy......... Oppsss terlebey cream suda..hik3.. Tapi memang sodap.. Macam biasalah.. Ibu ku kata manisnyer~tapi tambah gak.. :)